AFIQ MUNCUL KEMBALI...

Friday, October 17, 2008

Begitu cepat masa berlalu..Tanpa ku sedari..rupanya afiq hampir setahun..sekelip mata je rasanya afiq membesar..x sedar, masih tergiang2 tangisan afiq sewaktu lahirnya dia ke dunia ni..Sesungguhnya..Tuhan itu maha Esa..
Coretan pada kali ini adalah coretan yang pertama setelah ibuku meninggal dunia 31/8/2008..sehari sebelum bulan ramadhan..terasa hati sungguh berat untuk mencoretkan segala yang terbuku di hati ini..sehingga x mampu untuk terluah kan oleh jemari ini..mmg sukar untuk menerima kenyataan..tapi yang pastinya suatu hari kita juga akan meninggalkan dunia ini..hanya itulah yang mampu ayom ceritakan pada sesiapa yang telah mengetahui ttg pemergian emak ayom yang tersayang..kami anak2 mak akan sentiasa mendoakan & akan sentiasa mengingati mak di dalam setiap bacaan yassin dan fatihah yang kami bekalkan untuk mak tersayang..bagi kami..hanyalah itu penghubung antara kita..kami sayangkan mak..
untuk rakan2 semua, ayom bukannya sengaja x update blog ini..tapi mmg x berkesempatan kerana kerja yang makin bertambah..dan di tambah pula dengan kesedihan yang masih lagi terbuku di hati ini..mmg dari hari tu ayom nak update dan nak beritahu sume warga blog & fotopages mengenai pemergian mak tersayang..tapi semuanya x mampu ayom luahkan di sini..setiap kali ayom mulakan ayat..pasti menitis airmata...harap semuanya faham..dari sbb itulah..hanya ini je yang mampu ayom coretkan...
Dan setelah yakin hati ini kuat untuk menerima kenyataan dan mampu membuat coretan di blog ini..arena blog ayom akan bermula semula seandainya tiada ape2 yang menghalang selain kerja ayom..
di bawah ni semua gambar2 afiq yang terbaru..untuk pengetahuan semua..afiq da mula start berjalan raya hari tu..x sangka..cepatnya la dia boleh jalan..umur 11 bulan la kiranya afiq ni berjalan..ok la tuh..mama doakan afiq semoga afiq menjadi anak yang soleh dan bijak dalam ape jua perkara yang afiq lalui..



3 comments:

Anonymous said...

salam ayom...
selamat ari raya,maaf zahir batin..
maaf lama tak masuk sini...
alfatihah tuk ibu ayom....
semoga allahyarhamah ditrempatkan di kalangan org2 yg soleh dan solehah..
ayom, dah besar afiq yer...
comei, lama tak nampak... :-)

Su Hana said...

ayom, takziah ek.. semoga mak ko aman kt sana.. aku faham.. mcm tu la aku rasa masa abah aku meninggal ari tu... tkejut sgt..tetiba jek.. :(

harap ko smkn tabah...aku ni dah 6 bulan pun masih terasa lg tau... tambah2 hari jumaat n ujan..aku mesti teringat... sebenarnya setiap hari... aku rindu abah...

sedekah kan fatihah je la bila rindu....tu tanda kite sygkan mereka..

M4M4 MY4 said...

al-fatihah utk ibu ayom..
semoga ayom n family tabah menghadapinye..
afiq dah bosar yer.. cute jek afiq dah pandai jalan.. x sabor nak suh cik mya kejar hahaha..

 
SWEET MEMORY TO REMEMBER.. - by Templates para novo blogger